About

Follow Blog? Sini.



About me

25 Dec 2014

Wow. (PART 2)

Dalam pocket, takda duit.
Check kocek, ada singgit.
Beli ice cream harga singgit,
hah, pastu share dua orang.

Kopak.
Tapi wow, bahagia je.


21 Dec 2014

..dia.

Dia tak popular macam mereka.
Dia tak reti berdandan seperti mereka.
Dia tak reti bergaul macam mereka. 
Dia tak ramai kawan & kenalan macam mereka.

Dia manusia paling invisible untuk mereka.
Apa lah sangat dia bagi mereka.

Apa apa pun, dia tetap yang aku pilih.
Aku pilih dia daripada mereka.
Ya, dia.

..the end.

4 Dec 2014

Aku bukan sesiapa.


Aku bukan sesiapa, untuk aku lindung kamu.
Aku bukan sesiapa, untuk aku ubah kamu.
Aku bukan sesiapa, untuk aku kisah pada kamu.

Ya, aku bukan sesiapa.
  Ya, aku tahu,
     aku bukan dia.

From me,
To whom it may concern.


9 Nov 2014

Haritu.


Haritu.
Aku.
Pergi.
Kinokuniya.
Pastu.
Terbelek.
Beberapa.
Buku.
Himpunan.
Puisi.

Dan.
Aku.
Pun.
Baca.

Dalam.
Hati.
Pun.
Berkata;

"Shit, aku pun boleh buat buku kalau camni."

The.
End.

18 Oct 2014

Situasi.


Dalam kelam kabut keramaian itu, aku sorang.
Dalam kelam kabut itu juga, aku tenang.

Dalam keadaan tenang orang ramai itu, aku rasa dipandang.
Dalam keadaan tenang itu juga, aku rasa tertendang.

Keseorangan, lagi tenang.
Ramai ramai, takut salah "kandang."


11 Sept 2014

Kerek.

"Rindu aku tak?" Tanyaku penuh curious, kepada kawanku.
"Tak." Jawabnya, simple.

"Kau memang tak sayang aku pun.." kata aku, pasrah.
"Siapa cakap aku sayang kau?" Balasnya, selamba.

Setiap soalan rindu,
Setiap soalan sayang,
Setiap soalan cinta,
Dia tolak mentah mentah.

:(

Aku yang sentiasa ada dengan engkau, kau tak perasankah?
Aku yang kau kenal dari zaman sekolah, kau tak sedarkah?
Aku yang duduk sebelah kau selalu, kau butakah?
Aku yang sentiasa disisi, kau tak nampakkah?

Haih, hargailah aku.. *mengeluh*



"Rindu aku tak?" Mimik mukanya tampak curious.
"Tak." Jawabku, simple.

"Kau memang tak sayang aku pun.." Kata kata pasrahnya dilontarkan.
"Siapa cakap aku sayang kau?" Balasku, dengan selamba.

Setiap soalan rindu,
Setiap soalan sayang,
Setiap soalan cinta,
Aku tolak mentah-mentah.

:)

Aku berkawan dengan kau sejak bangku sekolah lagi, huhu.
Engkau orang pertama yang aku perasan bila kau jejak sekolah itu.
Aku jadikan kau teman rapat pada hari hari sekolahku.
Bila engkau tak datang, aku tak segan silu ngata kamu.
Eh minah ni ponteng tak bagitahu, aku bosan tahu?
Ha gitu.

Jujur, aku sayang lah bodoh.

Jadi, soalan bodoh jenis apa kau selalu bagi kat aku ni?
Jenis mintak penampo?



Kasih sayang yang tak ditunjuk dari kata kata,
mungkin ditunjukkan dari ke-kerek-kannya.

:)

(this is actually a draft post from Jan 31 2014, 2AM.)

1 Sept 2014

Sentap tak?


Kalau tak bernasib baik, tak perlu berdengki.
Kalau tak suka, baik berterus terang.
Kalau rasa berterus terang tu perit, baik diam.
Tapi kalau diam dalam hati ada rasa dendam..
Baik blah je lah.
xoxo, 
Alia.

22 Aug 2014

That feeling?


You know that feeling when you watch see people you know
and all you think about is how grateful you are to know them?
                                                                   Yeap, I like that feeling.

14 Aug 2014

Society.


Mulut manusia sentiasa mengata
Nampak yang salah heboh sedunia
Nampak yang baik dihinanya pula
Ah manusia, mana pernah sempurna?
Kan? Werk!

9 Aug 2014

Wow. (PART 1)



Keadaan sekeliling agak serabut,
perasaan terkadang macam ribut,
hati terkadang rasa tertendang,
lalu ku pandang ke atas..wow, tenang.
- Alia Mustapha

29 Jul 2014

Raya.


Setiap tahun, raya makin maju.
Maka tenggelam lah tradisi dulu.

Setiap tahun, raya makin maju.
Tradisi baru selfie-raya semakin meneraju.

Dulu raya bawak tripod.
Sekarang raya bawak monopod.

Dulu mungkin pakai camera biasa.
Sekarang pakai phone shutter.

Phone, tak lepas dari tangan.
Orang sekeliling, terlepas dari pandangan.

Selamat hari raya!

Silap kata, 
terlepas kata,
termengata,
terpedas bahasa,
termarah secara tak sengaja mahupun sengaja,
mintak maaf lah ya?

Esok lusa mungkin buat balik, so maafkan lah bukan setakat hari raya tapi hari hari hari raya. Eh?



21 Jul 2014

Lembik!


Kau kuat, tapi kau mengada. Kau lembik!
Kau larat, tapi kau pura pura lemah. Kau lembik!
Kau boleh, tapi kau menggedik kata sebaliknya. Kau lembik!
Kau senangkan diri, tapi kau susahkan orang lain. Kau lembik!
Kau pura pura lemah, semata mata sebab nak orang tolong kau. Kau lembik!
Sesayur sayur Brazil haritu, sayur lagi kamu.
 - BANGUN -

26 Jun 2014

Kenapa?


Kalau kau boleh tahan lukakan diri physically,
kenapa tak boleh tahan dengan masalah yang hanya lukakan kau mentally?

Kalau kau boleh serabutkan diri semata mata untuk tenangkan diri,
kenapa susah sangat nak tolerate dengan masalah sendiri?

Kalau kau boleh seksa diri semata mata sebab orang yang tak fikir langsung pasal diri kau sendiri,
kenapa taknak try move on slowly?

Cuba.
Test.
Try.

Tahan diri, jangan ranapkan diri.

22 Jun 2014

Beb.


Beb.
Mulut beb, mulut tu boleh cakap ya.
Tapi hati dengan naluri tu beb, boleh kata tak.

Beb.
Dedepan boleh puji habis beb.
Tapi belakang entah puji entah perli entah kutuk, kita pun tak tahu beb.

Beb.
Janji boleh macam macam beb.
Tapi janji tu entah ditunaikan ke tidak, kita pun tak tahu beb.

Beb, benda aku nak cakap sekarang..manusia ni macam fucked up kekadang beb.
Tak reti bezakan penipuan dengan kebenaran.
Tak reti bezakan naluri rasa dengan logik kata.

Beb, jangan nak bae-bae sangat ah beb. Bae-ngong betul.
Eh jangan lah terasa beb, random je beb. 

15 Jun 2014

Terima kasih 1.0

Hi. Cuma nak bagitahu..

Terima kasih sebab faham aku.
Terima kasih sebab jadi tempat mengadu.
Terima kasih sebab kasi tumpang bahu.
Terima kasih sebab selalu ada dengan aku.
Terima kasih sebab selalu dengar cerita aku.
Terima kasih jadi maid aku. Eh? (HAHAHA)

Paling utama, terima kasih sebab jadi kawan aku.

:)


24 May 2014

Hmm..

Hi!
..takda benda pun.

*mop lantai blog*
*sapu habuk kat hujung hujung blog*
*lap lap blog*

Bye!

24 Apr 2014

Love, love, love.


Masalah datang bertubi tubi.
Emosi kekadang asyik lari.
Pembawa kemarahan memanjang datang kemari.
Kesabaran itu semakin sepi. 
Apa apa pun..
Gua tetap boleh berdiri.
Gua suka hidup ni.

Seriously, 
I'm okay & I'm happy.
2014, still stand strong.
Semoga Tuhan beri lebih kekuatan.

21 Apr 2014

This blog.


I tend to type in this blog whenever I'm sad as fuck.
I tend to type in this blog whenever I'm over-thinking.
I tend to type in this blog whenever I can't sleep.
I also tend to write in this blog whenever my brain can't stop imagining stuff.

..And I tend to ignore this blog when I feel like my life is fulfilled.

Yes, this blog. I love you since 2009, man. Still do.
Nampak kosong, padahal draft post berlambak uolls.

8 Apr 2014

Belon penuh helium.

Kalau disimpan lama, makin lama mengecil lah ia.
Kalau dilepaskan, maka bebas lah ia mengikut arah angin yang tah kemana.

Jadi kamu mahu pilih yang mana?
Biarkan ia terlepas, atau biarkan ia "mati" dalam genggaman?

Kalau dilepas, aku takut ia hanyut.
Kalau disimpan, aku takut ia mati.

Belon ni diibarat seperti manusia.
Kau sayang dia, kau nak simpan & jaga dia lelama tapi kau tahu dia takkan ada buat selamanya.

Susah nak decide, kan?
CEHHH.

22 Mar 2014

Persoalan pilih kawan.


Aku tak pilih kawan berdasarkan rupa.
Aku tak pilih kawan berdasarkan harta.
Aku tak pilih kawan berdasarkan ilmu dia level berapa.

Aku tak kisah dia cantik ke buruk, asalkan dia jadi diri dia dengan aku.
Aku tak kisah dia kaya atau miskin, asalkan dia jadi jujur dengan aku.
Aku tak kisah dia pandai atau bodoh, asalkan dia terima aku.
Aku tak kisah dia baik atau teruk, asalkan dia kekal setia dengan aku.
Aku tak kisah dia straight or pelik, asalkan dia selesa dengan aku.

Aku pilih ikut naluri hati aku.
Masalah dia, susah nak jumpa kawan yang sebenar zaman sekarang ni.
Kebanyakannya suka mengata belakang.
Meh lah mengata dedepan. Muah.

Andai kata aku salah, tegur lah kawan, tegur lah kenalan.

Jangan kau pendam,
lepaskan ia biar hilang dendam,
bagaikan pemadam.

ECECEHHH.

6 Mar 2014

Pilih.


Bosan bersama, sedih bersama, pedih bersama, janji bersama. Hati tetap happy.
Ceria seorang diri, senyum seorang diri, senang hati bersendiri. Hati tetap lonely.

Mana satu kamu mahu?
Pilih.

26 Feb 2014

Pendengar.


Kadang kadang sakit menjadi pendengar.
Kita dengar saja cerita cinta dia.
Kita dengar saja cerita sedih dia.
Kita dengar saja cerita kosong dia.
Kita dengar saja cerita patah hati dia.
Kita dengarkan saja.

Sakitnya paling terasa bila dia bercerita tentang tiada siapa kisah pasal dia,
sedangkan kita yang mendengar ni kisah tentang dia.

Jujur itu terkadang menyakitkan hati,
namun itu lah benda yang mahu diketahui.

Tipu itu terkadang manis menyedapkan hati,
namun itu lah benda yang kita selalu diracuni.

Aku terkadang harap sangat kau pergi,
namun sayang hapuskan benci.

Last word yang terkini, tolong bukak mata sendiri.
Adios, amigos, berambos.


10 Feb 2014

Pagi buta.

Pada pukul 3 pagi.

Huruf huruf di papan kekunci laptop ditekan satu persatu.
Diambil pula cawan yang berisi milo, lalu diratah dengan asyiknya.

Phone diambil, fail di laptop dibuka,
gambar gambar di dalam phone dan di laptop diperhati satu per satu.

Dan perasaan itu muncul kembali..
"Ah kimak sungguh, rindunya." kata aku, dalam hati.

Mulut tersenyum rapi, hati teringat kembali. Sedih.

Tiba tiba..
Eh takda benda pun. Bosan nokharom, aku type je lah.

The End.

28 Jan 2014

Statement.


Serapat mana pun kita, yang pasti salah satu mesti pergi.
Setinggi tinggi pengorbanan kita, tak mustahil salah satu antara kita akan diganti.
Pedih tengok ayat ni banyak kali, walhal aku yang menulisnya sendiri.

Agak agak antara kita;
Siapa yang pergi dulu?
Pergi as in mati ataupun pergi as in ganti?
Siapa yang mengganti siapa dulu?

Ha persoalan ni pun, hati sendiri jugak yang tanya.

Dan terkadang, persoalan ni buat aku tahu erti kesabaran.

Terasa hati macam mana pun dengan someone, biar pendam diam diam.
Sakit hati macam mana pun dengan kawan, biar simpan sorang sorang.
Marah macam pun dengan mereka, biar sayang hapuskan benci.

Ha, ayat ni pun jari sendiri jugak yang menaip.
Nampak tak gila aku kat situ bila tulis post pun macam berbual sesorang?

Kepada diri, maafkan saja, maafkan saja semuanya. 
Kepada kamu yang entah siapa, maafkan aku, maafkan saja segalanya. 

Faham tak best dia merepek sesorang sebenarnya? 
Faham tak?
Faham?
Tak?
Okbye.



16 Jan 2014

Persoalan yang menimbulkan sesalan.


"Kenapa aku tolak semuanya dulu?"
"Kenapa aku buta?"
"Kenapa aku tak nampak selama ni orang yang ada depan mata?"
"Kenapa aku rasa dia bukan untuk aku?"
"Kenapa dulu aku pernah suka, sayang dia?"
"Kenapa aku pilih dia ni?"
"Kenapa aku rasa lain dengan dia?"
"Kenapa rasa macam tak kena?"

Setiap orang akan terasa bodoh sebab lepaskan, sebab relakan dan sebab buta sangat.
Segala persoalan, complicated betul tapi jawapannya, senang saja:
"Kalau bukan jodoh, maka bukan lah bodoh."

Simple kan?
Tamat.


3 Jan 2014

2014.


I expect nothing and I'll try to regret nothing.
Kentalkan diri,
belajar berdikari,
kebalkan hati,
kurangkan emosi,
sedia berdepan dengan pelbagai situasi.
 Amboi, kemain uollz.

*sambil type sambil baring*
*sambil fikir assignment apa nak buat*
*sambil goyang kaki* 
*sambil layan lagu emo*
*sambil fefeeling*