About

Follow Blog? Sini.



About me

25 Dec 2013

Kawan.


Pelik macam mana pun dia,
Selekeh macam mana pun dia,
Sakai macam mana pun dia,
Nakal macam mana pun dia,
Setan macam mana pun dia,
Angel macam mana pun dia,

Kau tetap terima dia seadanya.

Walaupun kau dengan dia opposite nak mampus,
kau takkan lari.

Walaupun berjauhan dengan dia,
kau takkan ganti.

Walaupun suatu masa kau tak suka dengan perangai dia,
kau tetap ada disisi.

Walaupun tamak gila sifat kau dengan makanan kau,
kau tetap dan terpaksa kongsi.

Walaupun sakit hati gila dengan dia,
kau masih nak dia disisi.
kau tetap taknak diganti.
tanpa dia, kau rasa sunyi.

Betul tak?
Ah kau aku kita semua sama, cuma tak tunjuk.
Kereknya kita semua.

22 Dec 2013

Realitinya..

Realitinya:

Hidup ni penuh ragam.
Hidup ni penuh drama.
Hidup ni boleh jadi pahit macam kopi.

Realitinya juga:

Hidup terasa camtu, semua gara gara kisah.
Sebab kau kisah dengan orang sekeliling.
Sebab kau kisah dengan environment sekeliling.


Realitinya lagi:

You can care, but care to people who care for you.
You can care, but there's a limit.
You can care, but mostly I advise you..to careless but never care-rek.

Realiti yang terakhir:

Hidup yang complicated ni boleh jadi simple.
Hidup yang penuh drama ni boleh jadi indah.
Hidup yang boleh jadi pahit macam kopi ni boleh jadi manis macam gula.

Semuanya bila kau kisah dengan orang yang betul.
Semuanya bila kau peduli dengan orang yang peduli kat kau.

Persetankan orang yang langsung tak kisah pasal kau.
Persetankan orang yang tak kenal kau tapi mengutuk macam kenal berpuluh tahun lamanya.
Persetankan saja yang mengata.

:)
Yang benar,
Alia Mustapha.
(Yang hidup dalam alam fantasi, eh?)

19 Dec 2013

Lepaskan.


Selama ni kau rapat dengan sorang.
Selama ni dia segala galanya.
Selama ni kau jadi orang pertama untuk dijadikan tempat bercerita.
Selama ni kau jadi orang pertama untuk berbual apa saja tak kisah merepek mana pun.

Tapi,
bila tempat kau diambil orang,
bila tempat kau dikongsi,
bila kau jadi pilihan kedua,
bila kau diperlukan pun sebab orang yang berkongsi tempat dengan kau tu takda.

Terimalah kenyataan bahawa..
Kau terpaksa lepaskan.
Makin lama menahan, makin sakit hati, makin payah nak bertoleransi.
Lebih baik, dilepaskan saja.

Ini semua bullshit.
Yes, shit.

10 Dec 2013

Siapa sangka?


Siapa sangka?
Orang yang kecoh tu, sebenarnya selalu rasa kosong?

Siapa sangka? 
Orang yang selalu emo emo tu, hati dia lembut?

Siapa sangka?
Orang yang islamik tu, punya masa silam lagi teruk?

Siapa sangka?
Orang yang selalu dikutuk tu, ada kelebihan yang orang tak nampak?

Siapa sangka?
Orang yang suka mengutuk tu, hati penuh dengki lagi kurang kasih sayang?
Siapa sangka?
Orang yang kau anggap something, lari time kau susah?

Siapa sangka?
Orang yang kau anggap nothing, datang time kau susah?

Siapa sangka kan?
Entah lah, life's great but yet so complicated.


21 Nov 2013

Misteri, perasaan ini.


Diri ini memberontak.
Bagaikan lemas dalam suatu kotak.
Seksanya situasi ini diletak.

Nak diluah, aku tak mahu.
Nak dilepas, aku malu.

Nak menahan, ini buat pedih.
Nak simpan, ini buat sedih.

Lalu hati berkata,
Persetankan saja orang punya kata kata.
Kau lepaskan saja.

Psssssssh. Pss. Pssss. Psss. Kentut ini boleh dicover, kita leklu.
Proooot. Prot. Prot. Kentut ini boleh buat malu, kita lari dulu.

KAHKAHKAH.
Kentut bagaikan perasaan.
Disimpan, sakit. Diluah, perit.

Kbye.
Yang kentut benar,
Alia.




5 Nov 2013

Dari orang masa silam, ke orang masa hadapan.


Otaknya kusut sana sini.
Stressnya memakan diri.
Dia dah tak tahan lagi.
Pisau lipat digenggam rapi.
Lalu digenggam erat mengerat ke pergelangan tangan sendiri.
Darahnya mengalir rapi, ditatapnya demi kepuasan diri sendiri.
Awak, usah lagi meranakan diri.
Awak, usah lagi seksa diri.
Awak, awak nak saya hempuk awak pakai kuali?
Awak, nak saya potong tangan awak pakai gergaji?
Stop it, wahai orang yang tak dikenali.
Suatu hari nanti,
bila kita jumpa nanti,
aku tolong kau, aku janji.

1 Nov 2013

Pelik, pelik, pelik.


Pelik pelik pelik pelik, 
manusia ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
situasi ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
dunia ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
perasaan ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
perangai orang memang pelik. 

Pelik pelik pelik pelik, 
benda ni memang pelik. 

Pelik pelik pelik pelik, 
kejadian ni memang pelik.

Semua benda rasa pelik, ini pelik pelik pelik pelik.
Tak pernah pulak rasa celik dengan benda pelik, ini lagi aku pelik.

Ayat aku memang pelik bukan? Entah, aku pun pelik.

29 Oct 2013

Hati gua, pelbagai perisa.


Hati serba tak kena.
Tidurku tak lagi lena.
Hari hariku sungguh shitnya rasa.
Fikiranku tak pernah tenang mana.
Sedihku bersambungan sampai bila.
Bahagiaku melayang entah kemana.
Sebab apa?
Sebab fikir situasi awkward kita sampai bila.

Persoalannya, pernah kau kisah?
Persoalannya, pernah kau perasan?
Persoalannya, pernah kau sedar?
..Syaitonnn.
*jeling*
*baling pisau*
*baling mangkuk*
*baling senduk*
*baling periuk*
*baling maggi*

"Amik barang ni, pergi masak jauh jauh!"



3 Oct 2013

Pergi.


Nampak tegas, tapi sebenarnya manja.
Nampak kental, tapi sebenarnya hati lembut.
Nampak ceria, tapi sebenarnya banyak masalah.
Banyak kau pendam, tapi aku tahu.

Dulu selalu kacau dia, dulu selalu usik dia, dulu selalu buat dia marah.
Marah sampai bergaduh.

Dulu aku punya hati bengkak, sekarang mata aku pulak bengkak. 
Al Fatihah, kawan. 
Kami rindu. Kami rasa lain. Kami sedih.
Jangan kau ingat takda orang kisah pasal kau sebab kami kisah.
Jangan kau ingat takda orang sayang kau sebab kami sayang.
Jangan kau ingat bila kau mati takda orang sedih, sebab kami sedih sangat sangat sangat.
Sayang nak lepaskan kau pergi, sedih nak terima yang kau dah pergi.

Pergi lah dengan tenang walaupun kami masih tak menerima pemergianmu dengan hati yang tenang.
Syahirah Asyrah Bt Samsudin.
We love you, seriously.
I already miss you.

Aku pernah bercerita dengan dia dengan yang lain pasal graduation nanti aku nak graduate sama sama dengan semua.
Sebak, sumpah sebak.
Sumpah aku sebak bila tengok gambar kau.
Sumpah jadi sebak bila tersenyum tengok gambar tetiba tersedar realitinya salah sorang dalam gambar dah takda.
"Talk about our future like we had a clue. Never planned that one day i'd be losing you."
I'm sorry for everything, kak yong.
Dik yong still sayang kak yong.

Al-fatihah.

7 Aug 2013

Mulut & Hati.


Suara hati ada dua.
Satu baik, buruk dua.

Satu lebih banyak memerhati, dua lebih banyak memikir.
Satu lebih banyak nampak buruk, dua lebih banyak nampak baik.
Satu lebih banyak mengata, dua lebih banyak menasihati.

Bagi aku, dalam hidup suara hati kena ada dua dua.
Kalau tak mengutuk, mana nak sedar?
Kalau sentiasa berprasangka baik, mana nak nampak kebenarannya?

Apa apa pun, fikir & cermin diri sendiri dulu.

Selamat hari raya in advance uolls.

27 May 2013

Hidup.



Hidup, apa aku tahu tentang hidup?

Hidup penuh dengan suka.
Hidup penuh dengan tawa.
Hidup penuh dengan duga.
Hidup penuh dengan duka.
Hidup penuh dengan celaka.
Hidup penuh dengan dusta.

Senang kata, hidup bagaikan lukisan.
Aku yang perlu mewarnakannya, aku yang perlu melukisnnya.

Hidup ini 50-50, aku yang pilih untuk hidup sebegini.
Hidup tak seindah yang disangka, hidup juga hanyalah sementara.

Jujur kata, aku belum bersedia.

13 May 2013

Cerita hostel part 3.


Tweet sana tweet sini, jalan sana jalan sini.
Tempuh drama sana tempuh drama sini, perang sana perang sini.
Gua dah nak masuk sem 3. Eh masa ni tak boleh laju lagi ke? Lek ah.

Korang tahu apa yang aku tempuhi sepanjang duduk di hostel belajar sini?
Aku sendiri pun tak tahu nak explain macam mana. Sakit.

Kenalan?
Mulut mereka mengata, tapi aku hanya mampu diam tanpa berkata.
Mulut mereka mengeluarkan fitnah, tapi aku hanya mampu menahan hati yang semakin bernanah.
Mulut mereka berkata palsu, tapi aku hanya mampu diam terkaku.


Kawan?
Aku kecewa, asal percaya kawan yang sebenarnya lawan?
Aku sedih, asal suka dengar cerita sebelah pihak?
Aku marah, asal sanggup tinggalkan kawan semata mata kerana cerita yang tak masuk akal?
Aku benci, kenapa kawan sendiri tergamak buat kawannya sendiri camni?


Diri sendiri?
Perlu ke aku yang terpaksa mengeluarkan suara dulu?
Perlu ke aku yang terpaksa hilangkan diri sebab fitnah itu sendiri?
Perlu ke aku yang terpaksa hilang kawan, atas dasar kawan makan kawan?


But the beauty of this shit, you will know who are your real friends who will stick with you and who are not.
Kenalan belambak, tapi kawan sebenar boleh kira pakai jari je.
So to those who still see me as a friend, thank you.
So to those who still see me as an enemy, fuck you.

Cak!



30 Apr 2013

Persoalan hati.



Kesilapan yang lalu, kenapa dibangkitkan bertalu talu?

Kesalahan yang lepas, kenapa sampai sekarang ceritanya di pass-pass?

Keburukan yang dulu, kenapa diungkit ungkit dengan rasa tak malu?

Orang yang baik hatinya, kenapa lebih dihina daripada orang yang "baik" mulutnya? 

Kata kata yang manis pada asalnya, kenapa ia berubah menjadi busuk pada akhirnya?

Semua kemelut, gara gara mulut.
Kerana mulut badan binasa, kerana mulut jugak orang terseksa.
Baik sumbat mulut tu dengan pulut. 

- Yang menaip, yang original dan yang bukan copy-paste,
Alia Mustapha.

18 Mar 2013

Aku mintak maaf.


Aku mintak maaf,
Aku bukan ahli keluarga yang baik.

Aku mintak maaf, 
Aku bukan kawan yang baik.

Aku mintak maaf, 
Aku bukan orang yang baik.

Aku mintak maaf,
Aku bukan seperti yang kau sangkakan.

Aku mintak maaf,
Aku bukan seperti yang kau harapkan.

Aku mintak maaf,
Lebih baik aku mengaku aku bodoh daripada "mengaku" pandai, padahal pandai menipu. 
Lebih baik aku mengaku aku jahat daripada "mengaku" baik, padahal perangai cam taik.
Lebih baik aku tunjuk sifat pemalas aku, daripada sifat "tunjuk tunjuk" rajin. 
Lebih baik aku pergi, daripada mengutuk orang yang dikenali sana sini.
Lebih baik aku lari, daripada berkenalan dengan manusia yang menyakitkan hati hari hari.
Lebih baik aku pendam, daripada aku berdendam.

Aku mintak maaf,
Gua tak tuju kat sesiapa, cuma ayat biasa sahaja.


I am who I am. 
FYI: Pendam kekadang boleh jadi dendam, maka guna lah pemadam atau main lah dam. Kahkahkah.


14 Jan 2013

Selamat tahun baru.


Lewat 2 minggu padahal. 
Maka dengan itu, selamat tahun tak berapa nak baru tapi baru. Kihkih.

Hi, selamat datang tahun 2012 2013.

Psst, gua nak cerita ni. Gua nak story yang masa itu sebenarnya emas.
Tak masuk akal langsung kan masa tu emas? Haha what I meant to say is time is precious.

MY PRECIOUS~

Baru aku sedar, dalam masa setahun.. Semua benda boleh berubah.
Sumpah, 2012 banyak mengubah hidup daripada 2011.
Sumpah, 2012 banyak sangat drama daripada 2011.
Sumpah, aku watlek watpeace je harungi rintangan ini. Alhamdulillah, baby.

Jikalau tamat sekolah, kita akan belajar siapa kawan sebenar siapa kenalan.
Jikalau mula kehidupan di college/universiti, kita akan belajar macam mana nak harungi dugaan drama tanpa keluarga disisi. 

 Dengan ini gua godek post post lama gua yang related dengan tahun baru.
Ini ayat awal 2012.
Ini ayat awal 2011.
Ini ayat awal 2010.
Ini ayat akhir 2009.

Ada 2 3 post diatas baru aku convert ia jadi publish semula from draft yang asalnya di-published.
2009 punya ayat tahun baru? Ah, malu.

Jangan gelak pasal grammar. Zaman budak budak weh.
Jangan gelak pasal ayat. Zaman bodoh bodoh juga.
Jangan gelak pasal comment. Zaman impian nak buat blog yang matsalleh baca. LOL.
Limited edition what.

Bapak ah, aku dah tua. *pengsan*

Azam 2013?
Aku mahukan kebahagian. Bukan kebahagian didalam perpisahan ok? 
Tapi bahagia dengan keluarga, bahagia dengan kawan dan bahagia dengan hidup.

Benda yang lepas jadi pengajaran, benda yang bakal dipenuhi kita jadikan cabaran! 

Zaman kanak kanak
Zaman sekolah
Zaman college
Zaman bekerja ☐