About

Follow Blog? Sini.



About me

25 Dec 2013

Kawan.


Pelik macam mana pun dia,
Selekeh macam mana pun dia,
Sakai macam mana pun dia,
Nakal macam mana pun dia,
Setan macam mana pun dia,
Angel macam mana pun dia,

Kau tetap terima dia seadanya.

Walaupun kau dengan dia opposite nak mampus,
kau takkan lari.

Walaupun berjauhan dengan dia,
kau takkan ganti.

Walaupun suatu masa kau tak suka dengan perangai dia,
kau tetap ada disisi.

Walaupun tamak gila sifat kau dengan makanan kau,
kau tetap dan terpaksa kongsi.

Walaupun sakit hati gila dengan dia,
kau masih nak dia disisi.
kau tetap taknak diganti.
tanpa dia, kau rasa sunyi.

Betul tak?
Ah kau aku kita semua sama, cuma tak tunjuk.
Kereknya kita semua.

22 Dec 2013

Realitinya..

Realitinya:

Hidup ni penuh ragam.
Hidup ni penuh drama.
Hidup ni boleh jadi pahit macam kopi.

Realitinya juga:

Hidup terasa camtu, semua gara gara kisah.
Sebab kau kisah dengan orang sekeliling.
Sebab kau kisah dengan environment sekeliling.


Realitinya lagi:

You can care, but care to people who care for you.
You can care, but there's a limit.
You can care, but mostly I advise you..to careless but never care-rek.

Realiti yang terakhir:

Hidup yang complicated ni boleh jadi simple.
Hidup yang penuh drama ni boleh jadi indah.
Hidup yang boleh jadi pahit macam kopi ni boleh jadi manis macam gula.

Semuanya bila kau kisah dengan orang yang betul.
Semuanya bila kau peduli dengan orang yang peduli kat kau.

Persetankan orang yang langsung tak kisah pasal kau.
Persetankan orang yang tak kenal kau tapi mengutuk macam kenal berpuluh tahun lamanya.
Persetankan saja yang mengata.

:)
Yang benar,
Alia Mustapha.
(Yang hidup dalam alam fantasi, eh?)

19 Dec 2013

Lepaskan.


Selama ni kau rapat dengan sorang.
Selama ni dia segala galanya.
Selama ni kau jadi orang pertama untuk dijadikan tempat bercerita.
Selama ni kau jadi orang pertama untuk berbual apa saja tak kisah merepek mana pun.

Tapi,
bila tempat kau diambil orang,
bila tempat kau dikongsi,
bila kau jadi pilihan kedua,
bila kau diperlukan pun sebab orang yang berkongsi tempat dengan kau tu takda.

Terimalah kenyataan bahawa..
Kau terpaksa lepaskan.
Makin lama menahan, makin sakit hati, makin payah nak bertoleransi.
Lebih baik, dilepaskan saja.

Ini semua bullshit.
Yes, shit.

10 Dec 2013

Siapa sangka?


Siapa sangka?
Orang yang kecoh tu, sebenarnya selalu rasa kosong?

Siapa sangka? 
Orang yang selalu emo emo tu, hati dia lembut?

Siapa sangka?
Orang yang islamik tu, punya masa silam lagi teruk?

Siapa sangka?
Orang yang selalu dikutuk tu, ada kelebihan yang orang tak nampak?

Siapa sangka?
Orang yang suka mengutuk tu, hati penuh dengki lagi kurang kasih sayang?
Siapa sangka?
Orang yang kau anggap something, lari time kau susah?

Siapa sangka?
Orang yang kau anggap nothing, datang time kau susah?

Siapa sangka kan?
Entah lah, life's great but yet so complicated.