About

Follow Blog? Sini.



About me

8 Apr 2014

Belon penuh helium.

Kalau disimpan lama, makin lama mengecil lah ia.
Kalau dilepaskan, maka bebas lah ia mengikut arah angin yang tah kemana.

Jadi kamu mahu pilih yang mana?
Biarkan ia terlepas, atau biarkan ia "mati" dalam genggaman?

Kalau dilepas, aku takut ia hanyut.
Kalau disimpan, aku takut ia mati.

Belon ni diibarat seperti manusia.
Kau sayang dia, kau nak simpan & jaga dia lelama tapi kau tahu dia takkan ada buat selamanya.

Susah nak decide, kan?
CEHHH.

22 Mar 2014

Persoalan pilih kawan.


Aku tak pilih kawan berdasarkan rupa.
Aku tak pilih kawan berdasarkan harta.
Aku tak pilih kawan berdasarkan ilmu dia level berapa.

Aku tak kisah dia cantik ke buruk, asalkan dia jadi diri dia dengan aku.
Aku tak kisah dia kaya atau miskin, asalkan dia jadi jujur dengan aku.
Aku tak kisah dia pandai atau bodoh, asalkan dia terima aku.
Aku tak kisah dia baik atau teruk, asalkan dia kekal setia dengan aku.
Aku tak kisah dia straight or pelik, asalkan dia selesa dengan aku.

Aku pilih ikut naluri hati aku.
Masalah dia, susah nak jumpa kawan yang sebenar zaman sekarang ni.
Kebanyakannya suka mengata belakang.
Meh lah mengata dedepan. Muah.

Andai kata aku salah, tegur lah kawan, tegur lah kenalan.

Jangan kau pendam,
lepaskan ia biar hilang dendam,
bagaikan pemadam.

ECECEHHH.

6 Mar 2014

Pilih.


Bosan bersama, sedih bersama, pedih bersama, janji bersama. Hati tetap happy.
Ceria seorang diri, senyum seorang diri, senang hati bersendiri. Hati tetap lonely.

Mana satu kamu mahu?
Pilih.