About

Follow Blog? Sini.



About me

14 Jan 2013

Selamat tahun baru.


Lewat 2 minggu padahal. 
Maka dengan itu, selamat tahun tak berapa nak baru tapi baru. Kihkih.

Hi, selamat datang tahun 2012 2013.

Psst, gua nak cerita ni. Gua nak story yang masa itu sebenarnya emas.
Tak masuk akal langsung kan masa tu emas? Haha what I meant to say is time is precious.

MY PRECIOUS~

Baru aku sedar, dalam masa setahun.. Semua benda boleh berubah.
Sumpah, 2012 banyak mengubah hidup daripada 2011.
Sumpah, 2012 banyak sangat drama daripada 2011.
Sumpah, aku watlek watpeace je harungi rintangan ini. Alhamdulillah, baby.

Jikalau tamat sekolah, kita akan belajar siapa kawan sebenar siapa kenalan.
Jikalau mula kehidupan di college/universiti, kita akan belajar macam mana nak harungi dugaan drama tanpa keluarga disisi. 

 Dengan ini gua godek post post lama gua yang related dengan tahun baru.
Ini ayat awal 2012.
Ini ayat awal 2011.
Ini ayat awal 2010.
Ini ayat akhir 2009.

Ada 2 3 post diatas baru aku convert ia jadi publish semula from draft yang asalnya di-published.
2009 punya ayat tahun baru? Ah, malu.

Jangan gelak pasal grammar. Zaman budak budak weh.
Jangan gelak pasal ayat. Zaman bodoh bodoh juga.
Jangan gelak pasal comment. Zaman impian nak buat blog yang matsalleh baca. LOL.
Limited edition what.

Bapak ah, aku dah tua. *pengsan*

Azam 2013?
Aku mahukan kebahagian. Bukan kebahagian didalam perpisahan ok? 
Tapi bahagia dengan keluarga, bahagia dengan kawan dan bahagia dengan hidup.

Benda yang lepas jadi pengajaran, benda yang bakal dipenuhi kita jadikan cabaran! 

Zaman kanak kanak ☑
Zaman sekolah ☑
Zaman college ☑
Zaman bekerja ☐



30 Dec 2012

That someone.


Seseorang yang membuatkan kau tersenyum taktala kau bersedih.
Seseorang yang dapat membuatkan kau lupa segala stress.
Seseorang yang dapat membuatkan kau tergelak padahal tiada mood nak gelak.

Dia duduk jauh, tapi terasa dekat.
Dia duduk jauh, tapi rapat.
Dia duduk jauh, tapi dia melekat di hati. 
Amboi, melekat di dalam hati guna gam gajah eh?

Dia buat kau berubah, berubah menjadi yang terbaik.
Ahaha, magic bukan? Dia guna spell Harry Potter ke apa ni?

Satu je nasihat dari gua.

Jangan sayang dia sampai terlupa hati sendiri.
Apabila putusnya hubungan dengan dia, perubahan yang drastik akan berlaku.

Daripada baik menjadi jahat.
Daripada tenang menjadi bercelaru.
Daripada gemuk menjadi kurus.
Daripada kurus menjadi gemuk. Eh?

Siapa yang datang, kita sayang.
Siapa yang pergi, kita ganyang.

XOXO,
Alia Mustapha.


25 Nov 2012

Kadang kadang.


Bapak ah fav tweet sendiri kahkahkah tak malu boo bye 

Kadang kadang aku terfikir, 
kenapa kita tak hargai orang tu sampai lah dia hilang, baru nak appreciate.

Kadang kadang aku terfikir, 
kenapa perlu ambil kisah pasal hal sekeliling sedangkan diri pun tak kisah pasal diri sendiri.

Kadang kadang aku terfikir, 
siapa kawan sebenar dan siapa lawan sebenar.

Kadang kadang aku terfikir, 
macam mana nak tunjuk rasa sayang.

Kadang kadang aku terfikir, 
macam mana nak tunjuk kita hargai orang.

Kadang kadang aku terfikir, 
macam mana dulu kita from strangers, jadi rapat secara tiba tiba.

Kadang kadang aku terfikir, 
macam mana dulu kita rapat, sekarang macam tak kenal langsung.

Buah pemikiran kini semakin menghasilkan persoalan.
Lebih banyak persoalan, lebih kurang fakta.

Sadis kan?
We're all will get used to this.