About

Follow Blog? Sini.



About me

16 May 2023

Draft post lama: Cerita aku dan air mata

29/05/2015:

Haritu aku lawat mak aku, 
selepas akak aku turunkan aku dan ayah aku betul betul depan hospital,
aku tolak kerusi roda ayah aku slow-slow pergi ke bilik mak aku. 

Ada diantara mereka pandang aku, 
mungkin mereka simpati tengok aku tolak orang 4 kali ganda lagi berat daripada aku. 
Hek eleh lu.

Dan akhirnya kami sampai di bilik itu, bilik itu kosong. 
Mak aku still check up lagi. 
Situasi macam biasa, masing masing dengan phone masing masing. 

30 minit kemudian, kedengaran bunyi katil ditarik lalu dimasukkan ke dalam bilik.

Ayah perhati gerak geri mak aku yang sedang mamai ditemani nurse nurse..sambil menahan rasa nangis.
Dan selepas nurse-nurse itu keluar, akhirnya dia tewas jua ha ha haaa..

Aku ketawa.
Sebab apa?

Sebab sekarang aku tahu aku ikut perangai siapa.
Dulu pernah juga sekali mak aku masuk hospital menahan sakit, tapi lagaknya aku nangis macam mak aku dah takda pula. 

Ok, tu je.


15/05/2023:

Tanggal 15/03/2025 lepas, ayah aku dah takda.

The moment I knew he has cancer, aku nangis sorang sorang dalam kereta.
The moment I knew he has another week left, aku nangis lagi dalam kereta lama lama.
The moment he passed away and it's actually less than one week depan mata aku, aku terkilan.

I don't know how to explain it, 
I don't know how to express it, 
I don't know how to write in general but in silence; I grieve.
Kita redha dia pergi tapi sedih tu benda yang pasti.
I'm still digesting that he's gone -- still. 

Dan benar, cengeng aku ikut ayah.

Moga ayah tenang disana.

Lia sentiasa doakan ayah.