About

Follow Blog? Sini.



About me

31 Dec 2015

2015.


2015:
A hell of a year.

I used to feel so lost.
I can't see my future.
I only live in the present.

Benda yang aku plan, tak jadi.
Aku jatuh banyak kali.
Orang yang aku harap kekal, pergi.
Orang yang aku tak pernah sangka bakal muncul, kemari.

Whatever it is, I don't really regret.
I just feel like I can live my life better but it's okay, 
it's never too late to be better. Kan?
Feeling so much better now.

2016:
Work hard, study smart.

Yang salah, jadi pengajaran.
Yang jahat, jadi teladan.
Yang mana datang, hargai. 
Yang mana pergi, aah babai lah apa lagi.

Semoga masa depan aku disuluhkan torchlight. Haha. 
Aaamin!

26 Dec 2015

Terima kasih 2.0


Yang buat aku senyum hari-hari,
yang buat aku gelak setiap hari,
yang buat aku rasa okay saban hari,
yang buat aku gembira tiap hari.
Hai, terima kasih.
Terima kasih sebab muncul, terima kasih sebab kekal dan terima kasih sebab menerima.
:)(:

15 Dec 2015


family, 
close friends 
and you.

10 Dec 2015

Hope.


I hope that things will be fine.
I hope that things will be okay. 
I hope that things will be good.
I hope that things will be great.

For you, 
for me, 
and maybe, for us.

7 Dec 2015

Draft post lama: Kekal.

21 April 2014:
Terkadang rasa suka.
Terkadang tak suka.
Terkadang berduka.
Terkadang rasa terluka.
Terkadang rasa dusta.
Terkadang rasa gembira.
Terkadang rasa tenang tak terkira.
Terkadang rasa marah tak tentu hala.
Terkadang serabut jiwa.
Terkadang pecah kepala.
Terkadang gelak ketawa.
Terkadang gedik melanda.
Terkadang nak je penampo seribu dua.
Terkadang menyesal fikirkan semua.

Tapi entah kenapa, bertahan sampai sekarang.
Harapnya engkau jadi kawan paling rapat aku dari awal sampai akhir.

07 Disember 2015:

Akhir? 
Akhirnya, aku lepaskan dia pergi.
Kita dah tak rapat lagi.
Kalini aku tak tarik dia lagi.
Harapnya, harapnya dia happy.

25 Nov 2015

Maigad.


makin membesar,
makin banyak berfikir,
makin banyak komitmen,
makin banyak persoalan,
makin banyak hal,
makin serius,
makin bosan.

Dah kerja, rasa lifeless.
Tak kerja, rasa useless.

Nak sambung degree, sayang pulak nak tinggalkan tempat kerja.
Nak kekal kerja, entah bila pula nak kejar degree.



bYe





23 Nov 2015

Katanya.


Katanya menyampah, tapi selalu sebut pasal dia tanpa henti.
Katanya benci, tapi selalu teringat dia sana sini.
Katanya meluat, tapi stalk dalam diam tak henti henti.

Samada tak puas hati ataupun dalam diam memerhati, aku pun tak pasti.

Kalau benci, pergi.
Tetap mahu perhati? 
Okay, perhati lah sampai mati.


19 Nov 2015

Yeap.


Yang dekat, sebenarnya jauh.
Yang jauh, sebenarnya dekat.

Ini bukan soal jarak, ini soal hati.

13 Nov 2015

Little things.


In a big picture, those little things..they look sooo natural.

Mungkin reaksi muka dia:

Terkejut.
Muka blur.
Muka kerek.
Muka tengah lapar.
Muka tengah focus.

Mungkin detail-detail dimuka dia:

That eyes. 
That nose.
Those eyelashes.
Those scars.

Mungkin perbuatan dia:

Cara dia bercakap.
Cara eye contact dia.
Cara dia drive.

It happens naturally. Ah.

Cara dua tangan manusia berbeza tetiba berpegangan.
Cara dua hati manusia berbeza tetiba melekat.
Cara dua manusia berbeza tiba tiba bersatu.

Entah
Little things, varieties.

Benda kecik ni sedikit sebanyak, comel juga.
Terkadang itu yang buat rasa special.

Itu yang buat dia lain daripada yang lain,
itu jugak yang buat kita lain.

Little things, do matter.

3 Nov 2015

Pilihan.


Aku boleh bantai kepci.
Aku boleh makan sushi.
Aku boleh mencekik mekdi.
Aku boleh panggil pizza delivery.

tapi ah..tak jadi. 
Aku nak maggi.

1 Nov 2015

Care.

If you love it, look after it.
If you wanna keep it, take a good care of it.
This, isn't only for things. It can be applied to people too.


30 Oct 2015

Selamat tinggal.


Segala ngadu, aku dengarkan.
Segala sakit, aku ubatkan.
Segala pahit, aku maniskan.
Segala perit, aku kurangkan.
Segala janji, aku tunaikan.
Segala sedih, aku riangkan.
Segala tawa, aku kongsikan.
Segala susah, aku senangkan.
Dan akhirnya..segalanya, segalanya, aku lepaskan. 
- THE END - 

19 Oct 2015

Suka, sayang, cinta, hidup.


Suka. 
Entah lama, entah sekejap.

Sayang.
Entah sampai mati, entah sampai diganti.

Cinta.
Entah kau, entah aku, entah sesiapa.

Suka, sayang, cinta, hidup.
Tiada siapa boleh jangka.

Yang benar, Alia Mustapha.

15 Oct 2015

Hidup berliku tanpa Waze.


Benda aku plan, semua tak jalan.
Segala jalan, banyak halangan.
Eh, fucked-upnya kehidupan.


28 Sept 2015

Tipu.


Tipu, tipu lah tak sedih.
Tipu, tipu lah tak terfikir.
Tipu, tipu lah tak terasa.
Tipu, tipu lah tak sakit.
Tipu, tipu lah tak teringat.
Dan ya..tipu, tipu lah tak kisah.

14 Sept 2015

Cara bercerita.


Cara bercerita kita, semua berbeza.
Ada yang bercerita tahap sembang.
Ada yang bercerita tahap mintak pelempang.   
Ada yang bercerita tapi berkias.
Ada yang bercerita tapi bertapis.
Ada yang bercerita dengan teman.
Dan ada juga yang bercerita hanya dengan Tuhan.

26 Aug 2015

Ori.



"Jadi lah diri sendiri kerna sesungguhnya ori itu lagi cool daripada ikut orang sana sini."
Yang benar, Alia Mustapha.

24 Aug 2015

Famous.


Ya, benar. 
Mereka tak famous seperti kamu.

Dan ya benar,
aku lebih pilih mereka daripada kamu.

Sebab apa?
Sebab mereka lebih famous dihati aku.

17 Aug 2015

Society 2.


Salah orang, dia nampak.
Betul dia, dia riak.

10 Aug 2015

Selesa vs Jarak.


Ada setengah orang,
kita jarang jumpa tapi sekali jumpa pergh rasa rapat beb.
Ada juga setengah orang,
kita selalu jumpa tapi tak pernah pernah rasa rapat.

Jarak jauh tak menjadi masalah, keselesaan tu terkadang jadi masalah. 


21 Jul 2015

Mengata.


Hanya mampu mendengar kerna:-
sebagaimana kau mengumpat dia,
sebegitu juga lah nanti kau mengumpat aku.
:)

8 Jul 2015

Tak sama.


Dekat dan tak rasa seperti bersama,
sebab perasaan tak lagi serupa.
Perasan kini, tak sama. 
 

17 Jun 2015

Ayat.


Makin lepaskan, makin digenggam.
Makin selesa, makin sayang.

Ce teka apa?
Cinta?
Hah, salah.

Barang gadgets aku.
Hahahahahah!

6 Jun 2015

Confused.


Terasa sesuatu diperut.
Tak tahu samada nak berak ataupun nervous. 
Ok, tu je.

3 Jun 2015

Adventure.




Tak pergi jauh mana, tak pergi nun jauh disana.
Cukup sekadar berjalan dengan diri sini sana.

Aku
&
Kamera.

2 Jun 2015

At some point..


At some point in your life, you gotta move on.

You gotta stop being fun.
You gotta stop being childish.
And you gotta stop being stupid.

At this point, I'm scared.
I'm scared of losing myself.

But to move on, is to lose something.
And by losing, I'll gain something.


30 May 2015

Rindu jenis bisu.


Rindu pada orang yang tak teringat kamu,
adalah sama macam perhati dinding tak jemu-jemu.
Tak terbalas dan tak berbalas. 

27 May 2015

Draft post lama: Hati.


Orang kata,
hati tak boleh menipu.

Dan aku kata,
hati tak boleh menipu tapi boleh dimanipulasi.

Alia Mustapha, 
May 24, 2013.


22 May 2015

Masa depan yang membelakangkan.


Nak cepat, makan duit.
Nak jimat, makan masa. 

Semoga pilihan yang aku buat ni tepat.
Tepat untuk masa depan aku, tepat untuk tak bebankan aku. 
Kalau tak tepat, menyesal tu 10 kali ganda tepat pada aku nanti.

Semoga dipermudahkan!

12 May 2015

Serabut.


dimana bila kau tak boleh fikir secara betul dan paling teruk kau tak boleh fikir langsung.
dimana bila kau rasa macam takda pilihan sedangkan pilihan tu sentiasa ada.
dimana bila kau rasa macam takda peluang sedangkan peluang tu bersepah.
dimana bila kau mahu mengadu bercerita pada orang tapi kau tahu tak mungkin orang faham.
dimana bila kau tak boleh fikir neutral apatah lagi nak fikir positive.
dimana bila kau fikir masalah yang tak serious macam serious sangat.

Bagi sedikit masa untuk diri, bagi sedikit ruang untuk diri.
Kalau tak boleh jugak, cerita pada someone dan bukan everyone.

Okay?
Okay.

27 Apr 2015

Patut lah.


Patut lah memanjang meroyan takda kawan,
bila ada kau kutuk dia belakang belakang.

Patut lah memanjang bising takda kawan sejati,
bila ada kau tak hargai dia sampai dia lari.

Patut lah memanjang membebel takda kawan,
kawan yang ada kau buat jadi lawan.

Dia ada, kau kutuk. 
Dia lari, kau kutuk. 
..nak kena ketuk?

26 Apr 2015

Cinta vs Kawan.


Yang memakan dia adalah cinta yang baru dibina,
dan yang dimakan dia itu adalah persahabatan yang dibina lama.

Just fucking appreciate your friends, 
before your relationship & the friendship ends.


20 Apr 2015

Filter.


Harini aku baru tersedar something.
Makin banyak kau filter orang, makin gembira hidup.
Dan ya, filter tak bermakna buang.
Filter maksud aku ialah:
susun balik orang mana patut jadi priority.
Dan yang mana blah, selamat jalan.
Dan yang mana datang, ehey hi selamat datang lah!  
Yang menaip dan yang nsem selekeh,
Alia!

19 Apr 2015

Berubah?


Yang berubahnya appearance aku, bukan aku.
Yang persoal, betul-betul tak kenal aku.
Dan yang diam, semua kenal aku.

Tu je.

14 Apr 2015

Dalam diam diam.


Dalam diam diam aku kisah.
dalam diam diam aku risau,
dalam diam diam aku sakit,
dan dalam diam diam, aku takut.


11 Apr 2015

Mana mungkin?

Mana mungkin ada pengganti,
kalau kau yang aku mahu selama ni?
Mana mungkin ada benci,
kalau kau yang paling tahan dengan aku selama ni?
Mana mungkin ada iri hati,
kalau kau yang aku sayang selama ni?
Mana mungkin selimut tetangga
hangat ditubuhku dalam kedinginan?
..eh?

10 Apr 2015

Diam.


Malas ah nak cakap apa apa,
kalau cakap pun bukan kau nak dengar satu benda. 

Buat sakit hati, ja.

9 Apr 2015

Kata aku, untuk aku.


Kata aku, untuk diri aku sendiri.

6 Apr 2015

Dia cakap.


Dia persoal, macam dia kenal aku.
Dia persoal, macam dia betul betul kenal aku.
Dia persoal, macam dia sorang bagus.
Dia persoal, macam dia sorang baik.
Dia persoal, macam dia sorang angel.

Hek eleh, hek eleh, hek eleh!

31 Mar 2015

Sayang?




Sayang, memang sayang.
Tapi entah lah, weh.

Sayang, tapi tak rasa serasi.
Sayang, tapi kurang bukti.
Sayang, tapi dah basi.

25 Mar 2015

Biadab.


Dia biadab.
Nak kata takda agama, dia ada.
Nak kata tak belajar sivik, dia belajar.

Beragama tanpa adab,
tetap dipanggil biadab, wahai debab. 

17 Mar 2015

Dorang kata aku..


Dorang kata aku sombong.
Dorang kata aku belagak.
Dorang kata aku selfish.
Dorang kata aku kejam.

Mungkin betul, mungkin tidak.
Mungkin juga bersebab dan mungkin juga dorang lah penyebabnya.




15 Mar 2015

Have you?


Have you?
Have you ever met someone virtually?
And you're somehow attracted to that person?
And you kinda observe that person daily? 
And you wish that the person notice you, too?

Have you?
Have you?

20 Feb 2015

Kita.


Kita tak contact selalu,
terkadang kita diam membisu,
kita juga tak jumpa selalu.
Tapi tah macam mana kau tetap manusia paling favorite aku,
deep down juga aku tahu kau sentiasa ada dengan aku. 

Yang ikhlas, Alia.


16 Feb 2015

Pedih?


Rasa diganti.
Rasa syok sendiri.
Rasa patah hati.
Rasa tawar hati.
Rasa lonely.
Rasa sedih menyelubungi diri.

Jap, sikit je aku nak tanya:-
Kau rasa dia kisah?

..

17 Jan 2015

Degil hati.


Berbuih mulut beri nasihat,
beribu kali bagi teguran,
berjuta kali bagi kesedaran..

Kalau dia masih tak makan nasihat,
kalau dia masih tak perasan,
kalau dia masih taknak lepaskan..

Pilih lah kau diantara;
tahan, atau persetankan.

Yang ikhlas, 
Dari seorang kawan, kepada teman rapatnya. 
Dari seorang insan, untuk orang yang dikisahnya.
Dari sesiapa saja, untuk manusia yang dirisaukannya.
Dan dari si "nothing", kepada si "something"