About

Follow Blog? Sini.



About me

1 Nov 2013

Pelik, pelik, pelik.


Pelik pelik pelik pelik, 
manusia ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
situasi ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
dunia ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
perasaan ni memang pelik.

Pelik pelik pelik pelik, 
perangai orang memang pelik. 

Pelik pelik pelik pelik, 
benda ni memang pelik. 

Pelik pelik pelik pelik, 
kejadian ni memang pelik.

Semua benda rasa pelik, ini pelik pelik pelik pelik.
Tak pernah pulak rasa celik dengan benda pelik, ini lagi aku pelik.

Ayat aku memang pelik bukan? Entah, aku pun pelik.

29 Oct 2013

Hati gua, pelbagai perisa.


Hati serba tak kena.
Tidurku tak lagi lena.
Hari hariku sungguh shitnya rasa.
Fikiranku tak pernah tenang mana.
Sedihku bersambungan sampai bila.
Bahagiaku melayang entah kemana.
Sebab apa?
Sebab fikir situasi awkward kita sampai bila.

Persoalannya, pernah kau kisah?
Persoalannya, pernah kau perasan?
Persoalannya, pernah kau sedar?
..Syaitonnn.
*jeling*
*baling pisau*
*baling mangkuk*
*baling senduk*
*baling periuk*
*baling maggi*

"Amik barang ni, pergi masak jauh jauh!"



3 Oct 2013

Pergi.


Nampak tegas, tapi sebenarnya manja.
Nampak kental, tapi sebenarnya hati lembut.
Nampak ceria, tapi sebenarnya banyak masalah.
Banyak kau pendam, tapi aku tahu.

Dulu selalu kacau dia, dulu selalu usik dia, dulu selalu buat dia marah.
Marah sampai bergaduh.

Dulu aku punya hati bengkak, sekarang mata aku pulak bengkak. 
Al Fatihah, kawan. 
Kami rindu. Kami rasa lain. Kami sedih.
Jangan kau ingat takda orang kisah pasal kau sebab kami kisah.
Jangan kau ingat takda orang sayang kau sebab kami sayang.
Jangan kau ingat bila kau mati takda orang sedih, sebab kami sedih sangat sangat sangat.
Sayang nak lepaskan kau pergi, sedih nak terima yang kau dah pergi.

Pergi lah dengan tenang walaupun kami masih tak menerima pemergianmu dengan hati yang tenang.
Syahirah Asyrah Bt Samsudin.
We love you, seriously.
I already miss you.

Aku pernah bercerita dengan dia dengan yang lain pasal graduation nanti aku nak graduate sama sama dengan semua.
Sebak, sumpah sebak.
Sumpah aku sebak bila tengok gambar kau.
Sumpah jadi sebak bila tersenyum tengok gambar tetiba tersedar realitinya salah sorang dalam gambar dah takda.
"Talk about our future like we had a clue. Never planned that one day i'd be losing you."
I'm sorry for everything, kak yong.
Dik yong still sayang kak yong.

Al-fatihah.