Dalam pocket, takda duit.
Check kocek, ada singgit.
Beli ice cream harga singgit,
hah, pastu share dua orang.
hah, pastu share dua orang.
Kopak.
Tapi wow, bahagia je.
Dia tak popular macam mereka.
Dia tak reti berdandan seperti mereka.
Dia tak reti bergaul macam mereka.
Dia tak ramai kawan & kenalan macam mereka.
Dia manusia paling invisible untuk mereka.
Apa lah sangat dia bagi mereka.
Apa apa pun, dia tetap yang aku pilih.
Aku pilih dia daripada mereka.
Ya, dia.
Kalau tak bernasib baik, tak perlu berdengki.
Kalau tak suka, baik berterus terang.
Kalau rasa berterus terang tu perit, baik diam.
Tapi kalau diam dalam hati ada rasa dendam..
Baik blah je lah.
xoxo,Alia.
You know that feeling when youwatchsee people you know
and all you think about is how grateful you are to know them?
Mulut manusia sentiasa mengataKan? Werk!
Nampak yang salah heboh sedunia
Nampak yang baik dihinanya pula
Ah manusia, mana pernah sempurna?
Keadaan sekeliling agak serabut,
perasaan terkadang macam ribut,
hati terkadang rasa tertendang,
lalu ku pandang ke atas..wow, tenang.
- Alia Mustapha
Setiap tahun, raya makin maju.
Maka tenggelam lah tradisi dulu.
Setiap tahun, raya makin maju.
Tradisi baru selfie-raya semakin meneraju.
Dulu raya bawak tripod.
Sekarang raya bawak monopod.
Dulu mungkin pakai camera biasa.
Sekarang pakai phone shutter.
Phone, tak lepas dari tangan.
Orang sekeliling, terlepas dari pandangan.
Kau kuat, tapi kau mengada. Kau lembik!
Kau larat, tapi kau pura pura lemah. Kau lembik!
Kau boleh, tapi kau menggedik kata sebaliknya. Kau lembik!
Kau senangkan diri, tapi kau susahkan orang lain. Kau lembik!
Kau pura pura lemah, semata mata sebab nak orang tolong kau. Kau lembik!
Kalau kau boleh tahan lukakan diri physically,
kenapa tak boleh tahan dengan masalah yang hanya lukakan kau mentally?
Kalau kau boleh serabutkan diri semata mata untuk tenangkan diri,
kenapa susah sangat nak tolerate dengan masalah sendiri?
Kalau kau boleh seksa diri semata mata sebab orang yang tak fikir langsung pasal diri kau sendiri,
kenapa taknak try move on slowly?
Beb.
Mulut beb, mulut tu boleh cakap ya.
Tapi hati dengan naluri tu beb, boleh kata tak.
Beb.
Dedepan boleh puji habis beb.
Tapi belakang entah puji entah perli entah kutuk, kita pun tak tahu beb.
Beb.
Janji boleh macam macam beb.
Tapi janji tu entah ditunaikan ke tidak, kita pun tak tahu beb.
Beb, benda aku nak cakap sekarang..manusia ni macam fucked up kekadang beb.
Tak reti bezakan penipuan dengan kebenaran.
Tak reti bezakan naluri rasa dengan logik kata.
Terima kasih sebab faham aku.
Terima kasih sebab jadi tempat mengadu.
Terima kasih sebab kasi tumpang bahu.
Terima kasih sebab selalu ada dengan aku.
Terima kasih sebab selalu dengar cerita aku.
Terima kasih jadi maid aku. Eh? (HAHAHA)
Paling utama, terima kasih sebab jadi kawan aku.
Masalah datang bertubi tubi.
Emosi kekadang asyik lari.
Pembawa kemarahan memanjang datang kemari.
Kesabaran itu semakin sepi.
Apa apa pun..Gua tetap boleh berdiri.Gua suka hidup ni.
Jangan kau pendam,
lepaskan ia biar hilang dendam,
bagaikan pemadam.
Serapat mana pun kita, yang pasti salah satu mesti pergi.
Setinggi tinggi pengorbanan kita, tak mustahil salah satu antara kita akan diganti.
"Kalau bukan jodoh, maka bukan lah bodoh."
Kentalkan diri,
belajar berdikari,
kebalkan hati,
kurangkan emosi,
sedia berdepan dengan pelbagai situasi.