About

Follow Blog? Sini.



About me

11 Sep 2014

Kerek.

"Rindu aku tak?" Tanyaku penuh curious, kepada kawanku.
"Tak." Jawabnya, simple.

"Kau memang tak sayang aku pun.." kata aku, pasrah.
"Siapa cakap aku sayang kau?" Balasnya, selamba.

Setiap soalan rindu,
Setiap soalan sayang,
Setiap soalan cinta,
Dia tolak mentah mentah.

:(

Aku yang sentiasa ada dengan engkau, kau tak perasankah?
Aku yang kau kenal dari zaman sekolah, kau tak sedarkah?
Aku yang duduk sebelah kau selalu, kau butakah?
Aku yang sentiasa disisi, kau tak nampakkah?

Haih, hargailah aku.. *mengeluh*



"Rindu aku tak?" Mimik mukanya tampak curious.
"Tak." Jawabku, simple.

"Kau memang tak sayang aku pun.." Kata kata pasrahnya dilontarkan.
"Siapa cakap aku sayang kau?" Balasku, dengan selamba.

Setiap soalan rindu,
Setiap soalan sayang,
Setiap soalan cinta,
Aku tolak mentah-mentah.

:)

Aku berkawan dengan kau sejak bangku sekolah lagi, huhu.
Engkau orang pertama yang aku perasan bila kau jejak sekolah itu.
Aku jadikan kau teman rapat pada hari hari sekolahku.
Bila engkau tak datang, aku tak segan silu ngata kamu.
Eh minah ni ponteng tak bagitahu, aku bosan tahu?
Ha gitu.

Jujur, aku sayang lah bodoh.

Jadi, soalan bodoh jenis apa kau selalu bagi kat aku ni?
Jenis mintak penampo?



Kasih sayang yang tak ditunjuk dari kata kata,
mungkin ditunjukkan dari ke-kerek-kannya.

:)

(this is actually a draft post from Jan 31 2014, 2AM.)

1 Sep 2014

Sentap tak?


Kalau tak bernasib baik, tak perlu berdengki.
Kalau tak suka, baik berterus terang.
Kalau rasa berterus terang tu perit, baik diam.
Tapi kalau diam dalam hati ada rasa dendam..
Baik blah je lah.
xoxo, 
Alia.